Followers

Thursday, March 17, 2011

Ni pe yang aku pikir pasal bola....





Sekarang ini sudah ramai yang mule berminat dengan bola sepak malaysia dan aku tak terkecuali. Dulu bukan nak kate tak minat tapi cume bosan dengan prestasi pasukan kite yang semakin merudung dari 2003-2009. Bayangkan ranking malaysia sampai boleh jatuh. Korang leh cek sendiri lah kat fifa Aku bukan star bola tapi sebagai pemerhati aku boleh kate yang manager malaysia tak kreatif dan tak pandai mengunakan bakat yang ada pada player malaysia.
Tapi mase 2008 kalau tak silap lah skuad Malaysia bawah 23 tahun menang pesta bola merdeka yang bawah didikan B.Sathianathan. Aku punyelah bangge mase tu. Tapi kejayaan tak kekal lepas tu Malysia mule kalah balik. Then tibe-tibe tahun 2009 Malaysia lepas separuh akhir sukan sea setelah menewaskan Thailand. Aku pon WOWW!! WaTAfish cake.....bile pikir balik memang so unreal lah. Mase tu Thailand pasukan terbaik dan yang terkuat kat asia tenggara. Malaysia punye lah lemah sampai coach Vietnam pada mase tu cakap nasib baik tak jumpe Thailand mase final. Tapi memang terbaik skuad B23 Malaysia mase tu bawah bimbingan coach skuad utama sekarang that is K.Raja Gopal orang yang paling femes skang , diorang menang bergaya 2-0 kalau tak silap aku. Member2 aku kat bilik semua menjerit. Then kalah balik untuk kelayakan asia. Tapi lah yang kalah skuad utama bukan bawah 23. Tahun lepas bulan 12 Team Malaysia sekali lagi buat kejutan bile Menang Piala AFF suzuki yak ni piala Asia tenggara buat kali pertama. Bile pikir balik cam kelakar pon ade. Mase first game Malaysia kalah dengan indon 5-1 kot then final Malaysia menang dengan indon by aggregate 4-2. Ape pon orang kate menang tetap menang. Sekarang Team B23 Malaysia dalam usaha untuk kelayak olimpik. Halangan pertama pakistan dah setel sekarang tungu undian tengok sape yang Malaysia lawan lepas nih.
Berbalik kepada cerita asal fenomena di mana semakin ramai yang mengikuti pekembangan bola sepak Malaysia adalah sesuatu yang baik dan sepatutnye semua orang yang bergelar warganegara malaysia wajib menyokong pasukan negara kita.
Bagi yang baru nak tahu pasal bola malaysia boleh cek kt FAM
dan SUPER LEAGUE . Untuk fan pahang jom kite join Tok Gajah .
SO ni je aku nak kongsi kan until next time k....

5 comments: